Mesyuarat Agong PIBG

Pada 23 Mei 2008, Jam 3.00 petang, Mesyuarat Agong PIBG kali ke-32 telah di adakan di Dewan SK Cherana Puteh. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan.
Sebelum mesyuarat dijalankan, upacara perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YB Latipah binti Omar (ADUN Taboh Naning). Dalam ucapan perasmian beliau, YB meminta agar ibu bapa lebih berperanan membantu pihak sekolah dalam apa jua aspek demi kemajuan dan kejayan anak-anak. Dalam pada itu juga, YB telah menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada dua orang pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2007 iaitu adik Muhammad Hasif Imran bin Asmadi dan Norashikin binti Norazman. Kedua-dua orang murid ini menerima RM 50 daripada PIBG dan RM 50 lagi daripada YB sendiri.
Dalam mesyuarat ini, tiada pemilihan ahli jawatankuasa dibuat kerana pemilihan hanya dua tahun sekali. Oleh itu, pemilihan akan diadakan pada tahun hadapan.

Sambutan Hari Guru

Tanggal 16 Mei, semua warga pendidik merayakan hari yang penuh bermakna ini. Tidak ketinggalan juga dengan sekolah ini.
Pelbagai program telah dirancang untuk memeriah sambutan hari guru ini di peringkat sekolah. Bermula dengan perhimpunan dan mendengar bacaan teks perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran serta Menteri Pelajaran. Pn. Norhiza mendeklamasikan duabuah sajak dalam majlis perhimpunan tersebut.
Kira-kira jam 9.00 pagi, guru-guru melibatkan diri dengan permainan sukaneka dan seterusnya tayangan filem untuk murid-murid.
Sambutan hari guru diadakan untuk mengenangkan jasa guru-guru yang banyak menabur bakti kepada anak-anak bangsa tanpa mengenal penat lelah. Tema "Guru cemerlang negara terbilang" telah dipilih untuk sambutan hari guru tahun ini. Semoga guru-guru lebih bersemangat mendidik anak bangsa.

Kem Solat

Pada 14 dan 15 Mei, murid-murid tahun satu dan dua telah menghadiri kem solat yang dianjurkan oleh panitia agama. Objektif kem ini adalah mendedahkan kepada murid-murid tentang solat yang betul dalam kehidupan harian.
Kem ini bermula jam 1.00 hingga jam 5.30 petang. Seramai empat orang ustaz dan ustazah terlibat dalam kem ini. Semoga muid-murid ini menjadi anak yang soleh dan solehah.

Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Melaka

Semalam(12 Mei) sekolah telah dipilih sebagai tempat untuk Program ICT anjuran Kerajan Negeri dan Instutut Pengurusan Melaka. Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam program tersebut yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.
Program sehari ini telah melibatkan sebanyak lima buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah. Setiap sekolah diwakili dengan 10 orang pelajar.
Sekolah-sekolah tersebut ialah:
1. SK Cherana Puteh
2. SK Simpang Empat
3. SJKC Taboh Naning
4. SJKC San Yuo
5. SJKT Pulau Sebang
6. SMK Sultan Mansor Shah
7. SMK Naning
8. SMK Durian Tunggal
9. SMK Dato' Dol Said
Dalam program ini, pelajar -pelajar didedahkan dengan penghasilan blog dan persembahan. Di akhir program ini pelajar-pelajar diuji dengan pertandingan kuiz dan penghasilan blog oleh sekolah pelajar sekolah menengah
Setiap peserta yang mewakili kuiz akan menerima hadiah yang agak lumayan.

Keputusan pertandingan seperti berikut:
Kuiz ICT untuk sekolah rendah
Pertama - SJKC San Yuo
Kedua - SK Simpat Empat
Ketiga - SJKT Pulau Sebang
Keempat - SK Cherana Puteh
Kelima - SJKC Taboh Naning

Kuiz ICT untuk sekolah menengah
Pertama - SMK Naning
Kedua - SMK Mansor Shah
Ketiga - SMK Dato' Dol Said
Keempat - SMK Durian Tunggal

Bagi pemeneng- pemenang menerima hadiah seperti berikut:
Pertama - Menerima sebuah komputer untuk sekolah (Kategori sekolah rendah),
komputer riba (kategori sekolah menengah) dan sebuah printer setiap orang peserta
Kedua - Hamper merupa beg sandang, beg pinggang, alatan-alatan elektronik
termasuk jam dan kalkulator serta Baju-T untuk setiap orang peserta
Ketiga - Hamper alatan Elektronik setiap peserta
Keempat - Pen-drive setiap peserta
SMK Sultan Mansor Shah diumumkan sebagai pemenang laman blog terbaik. Setiap orang pelajarnya menerima hadiah berupa Pen-drive. Hadiah-hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh Pn. Hjh Misyah bt Ahmad (Guru Besar SK Cherana Puteh)