Get Hari Raya Graphics Here

Majlis Khatam Al-Quran

Pada 26 September, Pihak sekolah telah mengadakan Majlis khatam Quran. Majlis ini berobjektif untuk memberi penghayatan kepada murid tentang cinta kepada Al-Quran. Majlis ini diketuai oleh Ustaz Norazmi bin Mohd Nor. Seramai 22 orang murid daripada tahun tiga, empat dan lima telah terlibat dalam khatam Al-Quran ini. Sempana majlis itu juga, majlis penyerahan sumbangan hari raya juga diadakan. Seramai 15 orang telah menerima sumbangan hari raya ini. Murid-murid tersebut terdiri daraipada murid-murid anak yatim, miskin dan lima orang murid orang asli yang beragama Islam. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Puan Guru Besar SK Cherana Puteh. Wang sumbangan hari raya ini diperolehi daripada hasil sumbangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh. Semoga pelajar-pelajar yang menerima bantuan dapat menyambuat hari raya dengan penuh bermakna walaupun sumbangan tersebut tidak besar nilainya.
Sebaik sahaja majlis penyampaian sumbangan hari raya tersebut, Guru besar sekali lagi diminta untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan yang diadakan sempanjang bulan Ramadhan yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Antara pertandingan tersebuat ialah pertandingan azan, menghafal surah-surah lazim, mengambil wuduk dan kuiz.

Suasana majlis


Sebahagian Murid perempuan yang terlibat.


Murid lelaki yang mengambil bahagian.


Salah seorang murid yang menerima sumbangan hari raya.

Penutup Bulan Kemerdekaan

Pada 16 September yang lalu, sekolah telah mengadakan majlis penutupan bulan kemerdekaan. Majlis ini walaupun sederhana tetapi tetap meriah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyayian lagu-lagu patriotik beramai-ramai. kemudian diikuti dengan ucapan penutup oleh Puan Guru Besar.
Dalam majlis ini juga diadakan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memenangi beberapa pertandingan dan peraduan yang telah diadakan sepanjang bulan kemerdekaan.
Berikut adalah pemenang-pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan:

a) Pertandingan Mewarna
* Prasekolah
1. Mohd. Hairul Naim bin Jasni
2. Nida bt Norfazlan
3. Iklil Ellyda Nurdine bt Shamsol
* Tahun Satu
1. Nurin Asyierinn bt Oson
2. Muhammad Amirul Mukmin bin Adnan
3. Intan Nor Hafizah bt Shukor
* Tahun Dua
1. Siti Norfaliza bt Sohib
2. Alias a/l Sabai
3. Nur Fatihah bt Khairul Anuar
* Tahun Tiga
1. Faizal bin Nasir
2. Muhd Nabil bin Norfazlan
3. Nur fatehah Najwa bt Ghazali
* Tahun Empat
1. Nurul Syafikin bt Oson
2. Norhidayah bt Razali
3. Aisyah Pratiwi bt Suryanto
* Tahun Lima
1. Nur Fadhilah bt Azham
2. Nur Najihah Husna bt Ghazali
* Tahun Enam
1. Syahirah Aisyah bt Mohd Zafri
2. Nur Izzati bt Jamil
3. Zata Zaza bt Dol

b) Pertandingan Mengarang Sajak
* Tahun Empat
1. Intan Syafiqah bt Zainudin
2. Aisyah Pratiwi bt Suryanto
3. Norhidayah bt Razali
* Tahun Lima
1. Nurul Nabila Sahirah bt Mohd Riffin
2. Faresya Irwayu bt Adnan
3. Nur Najihah Husna bt Ghazali
* Tahun Enam
1. Syahirah Aisyah bt Mohd Zafri
2. Norkiasah bt Riffin

c) Pertandingan Kuiz
* Tahun Satu
1. Intan Nurhafizah bt Shukor
2. Nur Amirah bt Ahmad
3. Muhammad Amirul Mukmin bin Adnan
* Tahun Dua
1. Aiman Haziq bin Jamil
2. Syahidatul Badriah Bachtiar
3. Intan Hazwanie bt Zainuddin
* Tahun Tiga
1. Nur Fatihah Najwa bt Ghazali
2. Wan Nur Farahim bt Roslan
3. Nur Fauzan bt Shamsol
* Tahun Empat
1. Intan Syafiqah bt Zainudin
2. Muhammad Hafiz bin Abd Rahim
* Tahun Lima
1. Nadrah Nur Sabrina bt Asmadi
2. Mohd Nur Faiz bin Norazman
* Tahun Enam
1. Syahirah Aisyah bt Mohd Zafri

d) Persembahan Koir
Tahun 3
Tahun 4

e) Keceriaan Kelas
Tahun 4
Tahun 5

Semua hadiah telah disampaikan oleh guru besar kepada pememang.

GAMBAR SEWAKTU MAJLIS PENUTUPAN

Majlis Serahan Ilmu

Hari ini Majlis Serahan Ilmu diadakan bagi murid-murid tahun 6. Objektif majlis ini ialah memberi keberkatan terhadap ilmu yang dicurahkan kepada murid-murid tahun 6.
Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar. Kemudiannya ucapan daripada guru mata pelajaran iaitu En. Asmadi bin Othman (Guru Bahasa Melayu), En. Jamlus bin Hamid (Guru Sains), Pn. Suryahana bt Saedan Mokhtar (Guru Bahasa Inggeris) dan Pn. Ee Sai Yin (Guru Matametik).
Selepas sahaja ucapan oleh guru-guru mata pelajaran, Wakil murid iaitu adik Mohd Syahir bin Sharil membacakan doa untuk memohon keberkatan. Kemudian diikuti dengan ikrar murid yang di ketuai oleh adik Mohd Shadiq bin Saiful Bahari.
Sebaik sahaja ikrar dilafaskan, murid-murid tahun 6 berbaris menerima alat tulis daripada Guru Besar sebagai simbol penyerahan ilmu dan digunakan untuk murid-murid pada masa hari peperiksaan. Akhir sekali murid-murid bersalaman dengan setiap orang guru yang berbaris menuju ke tangga kelas tahun 6. Semoga ilmu yang dituntut mendapat berkat.


" Usaha Sudah, Doa Pun Sudah
Moga Halangan Yang Ditempohi Menjadi Mudah.. "

UPSR Menjelang Tiba

Sambutan Ambang Kemerdekaan

Baru-baru ini tanggal 29 Ogos, SK Cherana puteh telah mengadakan Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan bertempat di dataran perhimpunan sekolah.
Sambutan kali ini meriah kerana melibatkan juga murid-murid dari SJKC Taboh Naning yang secara tidak langsung melaksanakan program RIMUP seperti yang diharapkan oleh pihak kementerian..
Pelbagai acara telah diatur oleh pihak sekolah bagi menyerikan sambutan tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu-lagu patriotik.
Kemudian diikuti dengan pembacaan perutusan sambutan oleh Menteri Pelajaran yang disampaikan oleh Cik Rusita Mohamed (GPK Kurikulum).
Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan daripada murid-murid SK Cherana Puteh dan SJKC Taboh Naning. Persembahan mendeklamasikan sajak oleh En. Jamlus dan Pn. Wan Idawati menghangatkan lagi suasana sambutan.
Majlis diakhiri dengan 3 kali laungan kemerdekan oleh semua warga SK Cherana Puteh dan SJKC Taboh Naning yang diketuai oleh En. Zainal.