Bismillah...
Pada 08 Sept 2015 bermula satu peperangan bagi pelajar Tahun 6. Setelah 8 bulan bertungkus lumus menyiapkan senjata untuk ke medan perang. Walaupun banyak rintangan ia tidak menjadi masalah kepada mereka. Bukan setakat murid-murid sahaja yang bertungkus lumus ia termasuk juga pada guru-guru. Guru-guru menyediakan soalan, kelas tambahan pada hari sabtu dan waktu petang untuk mereka. Moga dengan apa yang dibekalkan kepada murid-murid dapat membantu mereka di dalam medan perang tersebut.
Kami dari Warga SK Cherana Puteh sentiasa mendoakan untuk murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan besar dari 08 sehungga 10 september 2015.
USAHA... DOA...TAWAKAL...
MOGA BERJAYA!!! YOU CAN DO IT !!!