LATAR BELAKANG SKCP

Nama Sekolah      : SEKOLAH KEBANGSAAN CHERANA PUTEH

Kod Sekolah       : MBA0036

Lokasi Sekolah    : Luar Bandar

Tarikh Penubuhan  :

Bilangan Murid    : 164 orang

Bilangan Guru     : 18 orang

Bilangan Anggota  : 5 orang Kumpulan Pelaksanan

Bilangan Kelas    : 7 buah


Alamat            : Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh, 

                    78000 Alor,Gajah Melaka.



VISI


Memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan anak didik yang berilmu, berdisplin dan berketrampilan berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan,

MISI


SKCP menjadi sekolah semerlang dan berkesan dalam semua aspek menjelang 2010.

SEJARAH SKCP

    Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh asalnya bertempat di Bilik Bacaan Taboh Naning. Bangunan diperbuat daripada papan dan beratap rumbia. bangunan telah dibina pada tahun 1890. pada masa itu jumlahnya hanya seramai 30 orang sahaja dengan seorang tenaga pengajar.
    Pada tahun 1894, sekolah ini kemudiannya dipindahkan di Lot 855 Batu 20 3/4, Kampung Lanjut yang terletak di Suak Cherana Puteh. Bangunan pada masa itu beratapkan genting dan dindingnya batu bata berukuran 40 kaki panjang dan 20 kaki lebar. Bangunan ini didirikan atas sebidang tanah yang berkeluasan 1 ekar 2 rood 13 pol.
    Bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1969. Bangunan tambahan ini terdiri daripada 2 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Di samping itu, terdapat juga sebuah kantin, sebuah tandas pam dan sebuah perigi yang diperbuat daripada simen bagi kemudahan para pelajar.
   Pada tahun 1986, bangunan ini telah dirobohkan kerana terlalu uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Bangunan yang roboh ini digantikan dengan sebuah bangunan tiga tingkat sekarang. Bangunan ini mempunyai 6 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik guru, sebuah pejabat, dan 4 buah bilik air / tandas untuk kegunaan pelajar dan guru.
   Kini sekolah ini telah mempunyai dua blok bangunan iaitu satu bangunan setingkat dan satu bangunan tiga tingkat. Di samping itu, memiliki sebuah bangunan bengkel kemahiran hidup, bangunan makmal komputer dan sebuah kantin.



LAGU SEKOLAH

Berusaha capai kejayaan
Terus maju hadapan
Mengharumi cabaran
Tingkat pengetahuan


Berusaha terus berusaha 
Mencapai cita-cita
Untuk hidup bhagia
Pekerti mulia


Kami pelajat SKCP
Kan terus berbakti
Kan terus berkorban
Untuk mencapai satu wawasan.

Tiada ulasan: