DEBARAN KIAN TERASA..

Keputusan UPSR 2011 akan diumuman pada 17 November 2011 (Khamis) ini. Semoga Keputusan ini nanti akan mengkhabarkan berita gembira buat murid-murid tahun enam dan pihak sekolah.

DALAM KENANGAN...

Al-fatihah buat arwah Cikgu Suraini Dewa yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Pemergian beliau meninggalkan kita semua setelah lebih kurang setahun mengidap penyakit buah pinggang yang kronik. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4.30 petang (12 November 2011) di rumah beliau. Semoga roh beliau digolongkan dengan orang-orang yang beriman..

PERISTIWA MENGEMPARKAN.

Khamis(8/9/2011)- Warga SKCP telah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang lebih 3 meter di makmal komputer sekolah. Ular tersebur menjalar masuk melalui pintu belakang makmal yang kebetulan tidak ditutup rapat. Semasa ular tersebut masuk, murid-murid tahun satu sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal tersebut. Kehadiran ular tersebut telah dilihat oleh seorang murid yang kebetulan mahu ke belakang makmal. Mujur murid-murid dalam makmal tersebut tidak membuat kecoh yang boleh membuatkan ular tersebut terkejut dan menyerang. Pn. Siti Hajar yang ketika itu mengajar di dalam makmal bertindak pantas mententeramkan murid dan menelefon pihak pentadbir sekolah bagi menghalau ular tersebut. Ular tersebut berjaya dikurung di dalam bilik operasi yang kebetulah ular tersebut bergerak masuk ke bilik tersebut sebelum bantuan sampai . Jabatan Pertahanan Awam dipanggil untuk menangkap ular tersebut. Pihak JPA mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk menangkap ular tersebut setelah beberapa kali cubaan menangkapnya gagal.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432H

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID ORANG ASLI KE MELAKA




Pada 28 Julai 2011 seramai 31 orang murid dengan diiringi 3 orang guru telah diadakan lawatan sambil belajar untuk pelajar orang asli ke Melaka. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid Orang Asli tentang sejarah yang ada di melaka. Antara tempat yang dilawati adalah ;
1. Melaka River Cruise
2. Muzium Stadthuys
3. Kota A' Famosa
4. Zoo Melaka

Semoga dengan usaha ini dapat memberikan input yang baik kepada murid-murid orang asli tentang pandangan mereka tentang negeri Melaka yang disayangi.

PROGRAM KESEDARAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Selandar.

Program ini melibatkan 27 buah sekolah yang mempunyai murid orang asli di negeri Melaka.
penglibatan dikalangan murid tahun 5 dan tahun 6 beserta ibu bapa.

UJIAN PERCUBAAN UPSR 2011

Tarikh : 19 Julai hingga 21 Julai 2011
Hari : Selasa hingga Khamis

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS DUA BAHASA MELAYU UPSR

Semalam pihak sekolah telah mengadakan ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas Dua. Ceramah tersebut diadakan di Makmak Komputer SK Cherana Puteh. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberikan pendedahan tentang teknik yang betul menjawab soalan Bahasa Nelayu Kertas Dua kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Ceramah ini melibatkan seramai 27 orang murid tahun enam yang bakaal memduduki UPSR tahun ini. Penyampai ceramah ialah En. Isha bin Bakar, Guru Cemerlang dari SK Masjid Tanah.
Semoga ilmu yang diperolah oleh murid-murid dalan ceraamah ini dapat diaplikasikan semasa menjaawab solah UPSR kelak.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2011 KAWASAN ALOR GAJAH

Pada 4 dan 5 April yang lalu, sekolah telah menghantar wakil dalam Kejohanan Bola Tampar Kawasan Alor Gajah bertempat di UiTM Lendu. Pasukan sekolah hanya mampu meletakkan diri ke tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar lelaki sekolah.

KEJOHANAN OLAHRAGA KAWASAN ALOR GAJAH

Selama empat hari kawasan Alor gajah telah mengadakan Kejohanan Olahraga di SMK Seri Pengkalan. Bermula dari 21 Mac hingga 24 Mac 2011.
Selama empat hari tersebut, SK Cherana Puteh telah berjaya memilikan satu emas dalan acara lari berhalang dan satu perak dalam acara lompat jauh.
Tahniah diucapan kepada Adik Nur Azura dan Adin Mohd Hafizie.

KURSUS LADAP KALI PERTAMA 2011

Pada 26 Mac 2011 (Sabtu) yang lalu, Pihak sekolah telah mengadakan kursus LADAP pertama kepada guru-guru.
Pengisian kursus kali ini berkaitan dengan pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT. Penyampai kursus kali ini dilaksanakan oleh En. Asmadi bin Othman. Dalam sesi bengkel, guru-guru dibahagikan kepada kumpulan mengikut paniatia. Setiap kumpulan akan menghasilkan bahan Pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut mata pelajaran. kumpulan yang terbaik akan diberikan hadiah. Oleh kerana, pembinaan bahan memerlukan masa yang panjang, maka penyerahan bahan yang dihasilkan perlu dihantar selewat-lewatnya 17 April 2011.
Pemenang akan diumumkan semasa LADAP kali kedua.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35

Pada 25 Mac yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Latipah bt Omar (ADUN Taboh Naning).