PERISTIWA MENGEMPARKAN.

Khamis(8/9/2011)- Warga SKCP telah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang lebih 3 meter di makmal komputer sekolah. Ular tersebur menjalar masuk melalui pintu belakang makmal yang kebetulan tidak ditutup rapat. Semasa ular tersebut masuk, murid-murid tahun satu sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal tersebut. Kehadiran ular tersebut telah dilihat oleh seorang murid yang kebetulan mahu ke belakang makmal. Mujur murid-murid dalam makmal tersebut tidak membuat kecoh yang boleh membuatkan ular tersebut terkejut dan menyerang. Pn. Siti Hajar yang ketika itu mengajar di dalam makmal bertindak pantas mententeramkan murid dan menelefon pihak pentadbir sekolah bagi menghalau ular tersebut. Ular tersebut berjaya dikurung di dalam bilik operasi yang kebetulah ular tersebut bergerak masuk ke bilik tersebut sebelum bantuan sampai . Jabatan Pertahanan Awam dipanggil untuk menangkap ular tersebut. Pihak JPA mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk menangkap ular tersebut setelah beberapa kali cubaan menangkapnya gagal.


1 ulasan:

Md Razif berkata...

Kawasan belakang sekolah yang semak, perlu dibersihkan, perlu tindakan pencegahan, sebelum berlaku musibah kepada anak2..