Majlis Khatam Al-Quran

Pada 26 September, Pihak sekolah telah mengadakan Majlis khatam Quran. Majlis ini berobjektif untuk memberi penghayatan kepada murid tentang cinta kepada Al-Quran. Majlis ini diketuai oleh Ustaz Norazmi bin Mohd Nor. Seramai 22 orang murid daripada tahun tiga, empat dan lima telah terlibat dalam khatam Al-Quran ini. Sempana majlis itu juga, majlis penyerahan sumbangan hari raya juga diadakan. Seramai 15 orang telah menerima sumbangan hari raya ini. Murid-murid tersebut terdiri daraipada murid-murid anak yatim, miskin dan lima orang murid orang asli yang beragama Islam. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Puan Guru Besar SK Cherana Puteh. Wang sumbangan hari raya ini diperolehi daripada hasil sumbangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh. Semoga pelajar-pelajar yang menerima bantuan dapat menyambuat hari raya dengan penuh bermakna walaupun sumbangan tersebut tidak besar nilainya.
Sebaik sahaja majlis penyampaian sumbangan hari raya tersebut, Guru besar sekali lagi diminta untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan yang diadakan sempanjang bulan Ramadhan yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Antara pertandingan tersebuat ialah pertandingan azan, menghafal surah-surah lazim, mengambil wuduk dan kuiz.

Suasana majlis


Sebahagian Murid perempuan yang terlibat.


Murid lelaki yang mengambil bahagian.


Salah seorang murid yang menerima sumbangan hari raya.

Tiada ulasan: