Sambutan Ambang Kemerdekaan

Baru-baru ini tanggal 29 Ogos, SK Cherana puteh telah mengadakan Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan bertempat di dataran perhimpunan sekolah.
Sambutan kali ini meriah kerana melibatkan juga murid-murid dari SJKC Taboh Naning yang secara tidak langsung melaksanakan program RIMUP seperti yang diharapkan oleh pihak kementerian..
Pelbagai acara telah diatur oleh pihak sekolah bagi menyerikan sambutan tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu-lagu patriotik.
Kemudian diikuti dengan pembacaan perutusan sambutan oleh Menteri Pelajaran yang disampaikan oleh Cik Rusita Mohamed (GPK Kurikulum).
Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan daripada murid-murid SK Cherana Puteh dan SJKC Taboh Naning. Persembahan mendeklamasikan sajak oleh En. Jamlus dan Pn. Wan Idawati menghangatkan lagi suasana sambutan.
Majlis diakhiri dengan 3 kali laungan kemerdekan oleh semua warga SK Cherana Puteh dan SJKC Taboh Naning yang diketuai oleh En. Zainal.








Tiada ulasan: