Majlis Serahan Ilmu

Hari ini Majlis Serahan Ilmu diadakan bagi murid-murid tahun 6. Objektif majlis ini ialah memberi keberkatan terhadap ilmu yang dicurahkan kepada murid-murid tahun 6.
Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar. Kemudiannya ucapan daripada guru mata pelajaran iaitu En. Asmadi bin Othman (Guru Bahasa Melayu), En. Jamlus bin Hamid (Guru Sains), Pn. Suryahana bt Saedan Mokhtar (Guru Bahasa Inggeris) dan Pn. Ee Sai Yin (Guru Matametik).
Selepas sahaja ucapan oleh guru-guru mata pelajaran, Wakil murid iaitu adik Mohd Syahir bin Sharil membacakan doa untuk memohon keberkatan. Kemudian diikuti dengan ikrar murid yang di ketuai oleh adik Mohd Shadiq bin Saiful Bahari.
Sebaik sahaja ikrar dilafaskan, murid-murid tahun 6 berbaris menerima alat tulis daripada Guru Besar sebagai simbol penyerahan ilmu dan digunakan untuk murid-murid pada masa hari peperiksaan. Akhir sekali murid-murid bersalaman dengan setiap orang guru yang berbaris menuju ke tangga kelas tahun 6. Semoga ilmu yang dituntut mendapat berkat.


" Usaha Sudah, Doa Pun Sudah
Moga Halangan Yang Ditempohi Menjadi Mudah.. "

Tiada ulasan: